Kupas Buah Tak Pandai, Hari-hari Bangun Lambat Pun Mentua Tetap Sayang – Nia Ramadhani

Mesti ramai yang mahukan mertua yang tidak cerewet dan menerima segala kekurangan kita sebagai menantu. Mungkin itulah yang sedang dialami oleh pelakon cantik molek dari Indonesia ,Nia Ramadhani yang ternyata sangat gembira apabila keluarga mertua tidak kisah tabiat buruknya dan terima dia seadanya.sajagempak.com - Kupas Buah Tak Pandai, Hari-hari Bangun Lambat Pun Mentua Tetap Sayang - Nia Ramadhani

Biar menyedari keIakuan tersebut satu tabiat buruk, sikapnya langsung tidak menjadi masaIah buat ibu dan bapa mertuanya.

“Ayah dan ibu Ardi menerima diri aku seadanya”

“Mungkin sebab mereka sudah melihat tabiat susaah bangun pagi aku ini sukkar untuk diubah, jadi mereka menerimanya dengan berlapang dada,” ujar Nia.

Tambah bintang filem Suster Ngesot itu, mertuanya juga tahu bahawa dirinya tidak pandai mengupas kulit buah-buahan.

sajagempak.com - Kupas Buah Tak Pandai, Hari-hari Bangun Lambat Pun Mentua Tetap Sayang - Nia Ramadhani

Justeru mereka tidak menyuruh Nia untuk mengupas buah menggunakan pisau kerana risau jari peIakon itu akan tercedera.

Terdahulu , peIakon jelita Indonesia itu pernah menjadi tumpuan wargamaya apabila tidak tahu mengupas buah salak.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @thepilouge berkongsi potongan video yang diambil daripada Instagram Story suami Nia, Ardi Bakrie yang memaparkan telatah isterinya itu.

sajagempak.com - Kupas Buah Tak Pandai, Hari-hari Bangun Lambat Pun Mentua Tetap Sayang - Nia Ramadhani
Tak tahu kupas buah

“Tuhan menciptakan Nia Ramadhani kaya, cantik, body goals. Namun, dia terlalu sempurna hingga Tuhan ciptakan dia tak boleh buka buah salak,” tulis pengguna tersebut sebagai keterangan video.

Menerusi video berdurasi 15 saat itu, Nia kelihatan sedang menikmati minum petang bersama suaminya di sebuah restoran.

Sebelum ini juga, Nia pernah mengakui sudah 17 tahun tidak pernah mencuci pinggan kerana semuanya dilakukan oleh pembantu rumahnya

Sumber : Kosmo

Facebook Comments Box