Lelaki Buat Kerja Bangang, Mencabar Buaya Besar Dengan Menyamar Jadi Dinosaur!

Manusia mempunyai lima organ deria iaitu mata, telinga, hidung, kulit dan lidah. Kesemua organ deria ini digunakan untuk melihat, mendengar, menghidu, merasa dan menyentuh.Lelaki Buat Kerja Bangang, Mencabar Buaya Besar Dengan Menyamar Jadi Dinosaur!

Hidupan lain juga mempunyai deria yang tersendiri dan adakalanya lebih kuat daripada manusia misalnya anjing yang mempunyai deria bau yang jauh lebih tajam daripada manusia.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Jason McDonald membuat satu kerja gila apabila cuba untuk mencabar dan mengacah-acah buaya besar tersebut.  Buaya mempunyai deria penglihatan tajam dan bau yang bagus untuk membolehkan mereka mencari mangsa selain mudah mengesan sebarang gangguan di permukaan air.

Entah apa yang ada dalam  fikiran lelaki ini  apabila beliau nekad mengambil keputusan untuk berpakaian seperti seekor T-Rex dan memasuki kawasan seekor buaya.

Lelaki Buat Kerja Bangang, Mencabar Buaya Besar Dengan Menyamar Jadi Dinosaur!

Lelaki yang berasal dari Colorado itu mengakui bahawa penglihatan beliau terhad di dalam sut dinosaur yang dipakainya sewaktu mengusik reptilia seberat 227kg itu.

“Walaupun saya mempunyai gerakan refleks yang pantas, tetapi sekiranya buaya tersebut menyerang, saya akan mengalami hari yang buruk,” – kata Jason.

Bukan sekali dua kita dengar, biar haiwan yang terlatih sekalipun, sudah banyak kes manusia ‘dikerjakan’ oleh haiwan seperti di Zoo atau Taman Haiwan, hingga ada yang meIayang nyawa. Apatah lagi kalau kita dengan sengaja mahu mencabar haiwan-haiwan tersebut.

Lelaki Buat Kerja Bangang, Mencabar Buaya Besar Dengan Menyamar Jadi Dinosaur!

 

Walaubagaimanapun, Jason bernasib baik kerana buaya yang ‘dicabarnya’ itu yang diberi nama Morris merupakan bintang filem yang telah dilatih dan membintangi filem-filem seperti filem Dr. Dolittle dan Happy Gilmore.

Meskipun ‘dicabar’ dan diacah-acah oleh Jason, buaya itu cuma membalas dengan ‘menggertak’ Jason semula.

Tambah Jason, “mungkin ianya kelihatan seperti kami sedang mengusik buaya tersebut, tetapi Morris kini sangat berisi jadi kami perlu membuatnya bergerak sewaktu memberinya makan.”

VIDEO:

Korang jangan la nak tiru dan cuba cabar buaya macam lelaki ni pula, silap sikit  buaya tu mengamuk, korang yang merana!

Facebook Comments Box