Bengang kerana gagal memotong barisan, seorang pemandu lelaki cuba berlagak samseng dengan mengekori kenderaan pemandu yang tidak memberikannya laluan di lorong berkenaan.
Melalui perkongsian rakaman dashcam daripada pengguna laman Twitter, @vicenzolorenzo, kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam itu dilihat cuba ‘menyelit’ masuk dikala kenderaan-kenderaan yang lain sedang menunggu lampu isyarat merah bertukar hijau.
Namun demikian ‘mangsa’ tidak memberikan ruang kepada kereta yang cuba memotong itu hingga menyebabkan kereta lelaki itu terpaksa ke tepi sedikit sebelum akhirnya berjaya memasuki laluan berkenaan.
Namun ianya masih belum berakhir apabila pemandu lelaki itu yang geram kerana tidak diberikan ruang memotong barisan kemudiannya bertindak mengekori kereta ‘mangsa’. ‘Mangsa’ ketika itu mahu menghantar rakannya pulang ke sebuah kawasan perumahan.
Pemandu lelaki itu memberhentikan keretanya di depan kereta ‘mangsa’ dan terus keluar dengan lagak samseng menuju kearah ‘mangsa’. Walaubagaimanapun dia kemudian terus beredar sebaik sahaja ‘mangsa’ memberitahu mereka ada dashcam.
“kami pergi balai, saya ada dashcam, he terus lari’
VIDEO:
Dah la potong que dekat trafic light, lepas tu block kereta sesuka hati ajak bergaduh.
Lokasi : Setia Alam pic.twitter.com/391mP0RQKh
— VICENZO LORENZO MEOOOW (@vicenzolorenzo) January 24, 2022
Di ruangan komen, ada pengguna yang turut menyemak saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berdasarkan nombor plat kenderaan lelaki itu dan didakwa kenderaan itu mempunyai jumlah saman sebanyak RM8,150!

Sumber: Twitter @vicenzolorenzo