Lelaki Menemui Ribuan Duit Syiling Purba, Penemuan Duit Syiling Paling Bernilai Di Britain

Seorang lelaki langsung tidak menyangka aktiviti kegemarannya bakal menjadikannya jutawan suatu hari. Di United Kingdom, memburu harta karun merupakan satu aktiviti lama yang masih diamalkan sehingga kini. Terbaru, sebuah tapak yang menyimpan pelbagai sejarah lampau telah ditemui oleh seorang lelaki biasa dan membuatkan kawasan berkenaan menjadi ‘lombong emas’ secara tiba-tiba.sajagempak.com - Lelaki Menemui Ribuan Duit Syiling Purba, Penemuan Duit Syiling Paling Bernilai Di Britain

Paul Coleman merupakan seorang pemburu harta karun amatur yang berusia 59 tahun. Pada masa yang sama, bapa kepada dua orang anak ini tidak bekerja dan mengalami masalah kewangan.

Justeru, dia mengambil keputusan untuk melibatkan diri di dalam aktiviti pemburuan harta karun ini beberapa hari sebelum Hari Natal menjelma.

Oleh demikian, Paul dan rakannya telah membahagikan kos perbelanjaan untuk perjalanan menuju ke kawasan yang bakal diterokai mereka. Mereka kemudian tiba di sebuah ladang yang terletak di Lenborough, Buckinghamshire dan terus memulakan aktiviti menjejaki harta karun.

sajagempak.com - Lelaki Menemui Ribuan Duit Syiling Purba, Penemuan Duit Syiling Paling Bernilai Di Britain

Walaupun aktiviti ini merupakan hobi mereka, tiada seorang pun berjaya menemukan hasil yang positif. Mereka telah menggunakan alat pengesan logam dan menggali kawasan-kawasan yang berpotensi untuk menyimpan khazanah berharga namun kecewa apabila tidak menemui apa-apa.

Kegagalan mereka dalam menemui wang syiling emas di seluruh ladang tersebut membuatkan Paul patah hati dan berpendapat aktiviti ini hanya membuang masanya.

Namun begitu, pada saat Paul mahu angkat kaki dan pulang sahaja ke rumahnya, dia mendengar satu isyarat yang menunjukkan terdapat bahan logam pada alat pengesannya.

sajagempak.com - Lelaki Menemui Ribuan Duit Syiling Purba, Penemuan Duit Syiling Paling Bernilai Di Britain

Teruja dengan itu, Paul mula menggali walaupun di dalam hatinya, barangan tersebut mungkin tidak mempunyai sebarang nilai yang tinggi.

Setelah menggali, Paul seolah-olah tidak menyangka bahawa dia telah menemui beberapa keping syiling daripada zaman Saxon (sejarah asal usul England dan orang Inggeris).

Berita tersebut tersebar dengan segera dalam kalangan mereka yang kemudiannya memutuskan untuk meneruskan penggalian. Akhirnya, mereka berjaya menemui ribuan keping wang syiling yang sama bernilai lebih daripada RM5 juta!

sajagempak.com - Lelaki Menemui Ribuan Duit Syiling Purba, Penemuan Duit Syiling Paling Bernilai Di Britain

Ianya merupakan satu penemuan yang sangat luar biasa! Malah, penemuan harta karun ini dikatakan sebagai penemuan syiling purba yang paling bernilai pernah ditemui di seluruh Britain!

Syiling-syiling tersebut telah tersimpan di dalam sebuah keranda dan masih berada dalam keadaan yang sempurna. Setelah dikira, terdapat lebih 5,000 keping duit syiling dipercayai berasal daripada zaman pemerintahan Elthelred the Unready dan juga Cnut (978 hingga 1035 Masihi).

Pada masa ini, hanya separuh daripada jumlah syiling berkenaan telah dibersihkan tetapi secara keseluruhannya, kesemua syiling ini berada dalam keadaan yang baik. Kejayaan ini benar-benar mengubah hidup Paul dan juga rakan-rakan pemburunya.

sajagempak.com - Lelaki Menemui Ribuan Duit Syiling Purba, Penemuan Duit Syiling Paling Bernilai Di Britain

Secara kesimpulannya, penemuan berharga ini jelas menunjukkan kepentingan pemburuan harta karun sebagai sumber kepada pembongkaran warisan bersejarah di United Kingdom.

Sementara misi profesional lebih menumpukan kepada tapak-tapak tertentu, individu seperti Paul dan rakan-rakannya menjadikan hobi ini sebagai satu punca pendapatan yang mampu mengubah hidup mereka.

Paul turut berjanji akan membahagikan keuntungan daripada harta karun tersebut kepada pemilik ladang dan juga beberapa rakan lain yang turut bersama dengannya dalam ekspedisi berkenaan. Selain itu dia juga bercadang hadiahkan rumah untuk isterinya.

 

Facebook Comments Box