Mesin Penapis Air Berasap, BOMBA Keluarkan Kenyataan Susulan Video Tular. Rasanya sekarang ni setiap rumah mempunyai penapis air untuk memudahkan kerja dapur. Tak perlu lagi nak masak atau sejukkan air.
Tapi apa yang menjadi isu sekarang ni apabila ada segelintir pengguna memandang enteng dengan suis elektrik yang digunakan untuk menghidupkan mesin penapis air.
Lihatlah rakaman video yang tular di media sosial baru-baru ini. Penapis air berasap disebabkan tidak menutup suis elektrik semasa ketiadaan bekalan air sehingga overheating.
Berikutan itu, pihak Bomba dan dan Penyelamat mengeluarkan satu kenyataan ringkas tentang keselamatan bagi pengguna penapis air ketika bekalan air terputus atau keluar dari rumah.
Info keselamatan ini dibuat untuk semua tidak kira menggunakan penapis air jenama apa.
Nampak remeh tapi beri kesan besar jika tak berhati-hati.
Harap pembaca tak kira pengguna penapis air atau tidak, sentiasalah mengambil berat tentang penggunaan dan aliran elektrik rumah supaya tidak mengalami sebarang kebakaran.
VIDEO:
Perhatian kepada pengguna mesin penapis air (tidak mengira jenama), sekiranya tiada bekalan air, pastikan suis elektrik ditutup.
Walaupun tiada bekalan air, fungsi pemanas elektrik tetap berjalan seperti biasa dan menyebabkan overheating dan risiko kebakaran. pic.twitter.com/PsmbGwotUv
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) September 17, 2020
Sumber: Koolfm