Pakai Kain Pelikat Pergi Shopping Mall, Wanita Jelaskan Perkara Sebenar Selepas Dikecam Orang Ramai

Baru-baru ini tular video seorang wanita berkain pelikat pergi ke shopping mall dan mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.sajagempak.com - Pakai Kain Pelikat Pergi Shopping Mall, Wanita Jelaskan Perkara Sebenar Selepas Dikecam Orang RamaiSetiap kali ke shopping mall, sebolehnya ramai yang akan berpakaian kemas dan bergaya. Tetapi ada juga yang berpakaian santai untuk tampil selesa.

Namun, berbeza buat wanita ini yang viral apabila mengenakan kain pelikat serta t-shirt lengan pendek berwarna hitam pergi ke shopping mall.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, wanita itu berjalan dengan penuh yakin memasuki shopping mall sambil membeli belah.

sajagempak.com - Pakai Kain Pelikat Pergi Shopping Mall, Wanita Jelaskan Perkara Sebenar Selepas Dikecam Orang Ramai

Bagaimanapun, perkongsian wanita itu menerima kecaman ramai yang kurang senang dengan pakaian tersebut yang dilihat kurang sesuai dipakai.

Kata netizen tiada masalah untuk memakai kain pelikat tersebut tetapi baju yang dipakai tidak sesuai lebih-lebih lagi dengan imejnya yang bertudung.

sajagempak.com - Pakai Kain Pelikat Pergi Shopping Mall, Wanita Jelaskan Perkara Sebenar Selepas Dikecam Orang Ramai

Rata-rata netizen berkata tindakannya dikecam bukan kerana berkain pelikat sebaliknya baju lengan pendek ketat tetapi bertudung.

KOMEN-KOMEN NETIZEN:

sajagempak.com - Pakai Kain Pelikat Pergi Shopping Mall, Wanita Jelaskan Perkara Sebenar Selepas Dikecam Orang Ramai

Menerusi satu perkongsian, wanita itu tenang menerima segala teguran dan menjelaskan bahawa sebelum itu bajunya basah kerana membuat live video di dalam air. Ujarnya, dia pergi ke shopping mall untuk terus membeli pakaian baru.

Wanita tersebut jelaskan keadaannya

sajagempak.com - Pakai Kain Pelikat Pergi Shopping Mall, Wanita Jelaskan Perkara Sebenar Selepas Dikecam Orang Ramai

Apapun, tuan badan sudah memberi penjelasan mengenai tindakannya. Diharap selepas ini lebih berhati-hati kerana bimbang tindakan tersebut boleh mengundang fitnah.

Facebook Comments Box