Penemuan Seumur Hidup, Lelaki Tak Sengaja Menemui Batu Permata Ketika Berjalan Kaki

Ketika berjalan-jalan berdekatan dengan tapak perlombongan berdekatan Sapphire Gemfields, seorang lelaki menyepak batu-batu kecil yang dilihatnya atas tanah. Namun dia perasan akan seketul batu yang agak pelik apabila batu itu kelihatan berkilau dan berwarna hijau kebiru-biruan.Penemuan Seumur Hidup, Lelaki Tak Sengaja Menemui Batu Permata Ketika Berjalan Kaki - sajagempak.com

Meskipun dia tidak tahu apa-apa mengenai batu itu, dia yang merasa kagum dan rasa ingin tahu pun membawanya pulang ke rumah. Kemudiannya dia membuat keputusan untuk membawa batu tersebut untuk diperiksa oleh pakar.

Alangkah terkejutnya dia apabila pakar memberitahunya batu yang ditemui itu merupakan batu nilam seberat 141 karat dan nilainya adalah lebih kurang $30,000 Australian Dollar atau lebih kurang RM90,000!

Menurut Daily Mail, penemuan lelaki itu menjadi tular dan pihak penguasa dikenali sebagai Peter Grigg mengatakan dia sangat beruntung kerana menemui batu tersebut. “Penemuan itu adalah penemuan bertuah dan hanya berlaku sekali seumur hidup”Penemuan Seumur Hidup, Lelaki Tak Sengaja Menemui Batu Permata Ketika Berjalan Kaki - sajagempak.com

Dikatakan hujan lebat yang turun beberapa hari antara punca menyebabkan batu tersebut kelihatan muncul di permukaan tanah.

Negara Australia sememangnya terkenal dengan kegiatan perlombongan berlian dan emas sejak lebih 100 tahun yang lepas.

Lelaki tersebut sangat gembira dengan penemuaannya dan dikatakan bercadang  untuk menjual batu tersebut pada nilai yang tertinggi yang boleh diperolehnya.

Facebook Comments Box