Rumah Kehabisan Makanan, Seorang Bapa Sanggup Menahan Malu Untuk Minta Bantuan

Umum sedia maklum bahawa ketika ini, setiap orang mengalami kesempitan dan kesulitan berikutan terpaksa duduk di rumah dan tiada pendapatan berikutan langkah kerajaan untuk mengawal pergerakkan supaya rantaian covid-19 dapat diputuskan.sajagempak.com - Rumah Kehabisan Makanan, Seorang Bapa Sanggup Tahan Malu Minta Bantuan

Pasti ada dalam kalangan kita yang sangat terkesan dalam hal ini sehingga terpaksa menebalkan muka untuk meminta bantuan bagi mengisi perut ahli kelaurga dirumah kerana tiada bekalan makanan dan juga wang untuk dibelanjakan.

Tebal muka demi sumbangan
Menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna Facebook yang juga merupakan aktivis masyarakat dikenali sebagai Abam Botak, dia telah memuat naik kisah seorang bapa muda yang mengejar van bantuannya untuk memohon sumbangan.

sajagempak.com - Rumah Kehabisan Makanan, Seorang Bapa Sanggup Tahan Malu Minta Bantuan

BAPA MUDA
Semasa hari pertama kami mengedarkan bantuan makanan, bapa muda ini datang kepada kami berbasikal dalam keadaan termengah-mengah.

Kami tanya kepadanya, kenapa kau tuan?

Aku mahu minta bantuan ba tuan. Aku dengar kamu ada bagi bantuan bolehkah bagi aku sedikit untuk anak biniku dirumah.

Tiada apa-apa sudah dirumah kami ni. Tolonglah tuan saya merayu??

Mukanya sangat-sangat memerlukan ketika itu. Dari air mukanya dan bola matanya saya tengok seribu pengharapan diberikan kepada kami.??

Dia cakap dengan kami. Dia dari kampung Bakau. Dia kejar kami dengan berbasikal hingga ke Sundang darat.?

sajagempak.com - Rumah Kehabisan Makanan, Seorang Bapa Sanggup Tahan Malu Minta Bantuan Kayuh basikal dari rumah

Apa yang menyebakkan adalah apabila dia mengayuh basikal dari jauh semata-mata menahan malu untuk merayu sedikit sumbangan kerana sudah tiada apa-apa dirumah.

Namun, ia sedikit sedih apabila ketika itu Abam Botak hanya membawa barangan yang ingin diberikan kepada orang yang sudah terlebih dahulu dimaklumkan untuk dibantu.

Walau bagaimanapun, pada keesokan harinya, sumbangan dapat diberikan setelah mereka bertukar nombor telefon.

Nak salam cium tangan sebab terharu
Dalam kenyataan Abam Botak, bapa muda itu berkali-kali mengucapkan terima kasih diatas bantuan yang diberikan sehingga mahu mencium tangannya.

Dikesempatan itu, pengguna Facebook turut sempat menititpkan sedikit pesanan agar sentiasa bertawakal dan mengharapkan pembalasan yang baik-baik daripada Allah S.W.T diatas usaha murni ini.

sajagempak.com - Rumah Kehabisan Makanan, Seorang Bapa Sanggup Tahan Malu Minta Bantuan

 

Semoga cepat berlalu Covid-19 ini
Susulan daripada itu, rata-rata warganet mengakui berasa sebak diatas situasi tersebut. Mereka juga berharap agar setiap apa yang dilakukan oleh Abam Botak diberi ganjaran sebesarnya daripada Maha Pencipta.

sajagempak.com - Rumah Kehabisan Makanan, Seorang Bapa Sanggup Tahan Malu Minta Bantuan

Macam ni nampaklah yang kerja sendiri terasa susah

sajagempak.com - Rumah Kehabisan Makanan, Seorang Bapa Sanggup Tahan Malu Minta Bantuan

Tahulah kita siapa yang lebih memerlukan

sajagempak.com - Rumah Kehabisan Makanan, Seorang Bapa Sanggup Tahan Malu Minta Bantuan

Namun, pada hari tu. Kami tidak dapat memberikannya apa-apa sumbangan, Kerana barangan yang ada sudah ada pemiliknya.

Jika kami berikan padanya hari itu. Bagaimana pula dengan yang awalnya berhak memiliki barangan itu.

Kami jadi serba salah dan rasa berdosa. Yang ada hati dan perasaan begitu pasti dapat merasakan peritnya menolak permohonan orang ramai.??

Sebelum dia berlalu pergi. Saya berikannya nombor telefon untuk kami usahakan barangan padanya bagi pembahagian seterusnya.

Alhamdulillah, kemarin petang. Usaha dan doanya Allah telah makbulkan.

Alhamdulillah syukur kita semua dapat memberikannya bantuan.

Wajahnya tersenyum lebar menerima bantuan dari kita semua tuan-tuan dan puan-puan.

Masa dia salam saya, dia cuba untuk mencium tangan. Saya tarik cepat-cepat. Saya cakap dengannya jangan kau begitu ba. Sama saja kita ni.??

Akhirnya, saya ingin ucapkan ribuan terima kasih buat semua para penyumbang yang sudi memberikan bantuan kewangan dan barangan kepada kami.

Tanpa kamu siapalah kami. Tanpa kamu tidak berasaplah dapur para penerima sumbangan dan orang ramai pada ketika ini.?

sajagempak.com - Rumah Kehabisan Makanan, Seorang Bapa Sanggup Tahan Malu Minta Bantuan

Terima kasih..Terima Kasih..Terima kasih??

Sumber: Abam Botak

Facebook Comments Box