Terima Panggilan Kehadiran Haiwan Berbisa Di Sebuah Rumah, Pasukan Bomba Terkedu Dengan Penemuan Mereka Di Rumah Pengadu Jam 1 Pagi

Terima Panggilan Kehadiran Haiwan Berbisa, Pasukan Bomba Terkedu Dengan Penemuan Mereka Di Rumah Pengadu Jam 1 Pagi.sajagempak.com - Terima Panggilan Kehadiran Haiwan Berbisa Di Sebuah Rumah, Pasukan Bomba Terkedu Dengan Penemuan Mereka Di Rumah Pengadu Jam 1 Pagi

Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih menerima panggilan aduan kehadiran kes haiwan berbisa, namun lain pula yang ditemui.

Menerusi status Facebook Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih, pihaknya menerima panggilan kehadiran haiwan berbisa di sebuah rumah di Taman Semenyih Impian jam 1 pagi semalam.

Operasi diketuai oleh PBK II, Zairul Azli Ramli bagaimanapun mendapati seekor katak berada di dalam lubang dinding tandas di rumah tersebut bukannya seekor ular.

sajagempak.com - Terima Panggilan Kehadiran Haiwan Berbisa Di Sebuah Rumah, Pasukan Bomba Terkedu Dengan Penemuan Mereka Di Rumah Pengadu Jam 1 Pagi

Begitupun, operasi itu tetap dilaksanakan dengan mengeluarkan katak tersebut menggunakan peralatan khas sebelum dilepaskan di lokasi selamat.

Perkongsian mengenai tangkapan tersebut turut tular di laman sosial hingga mencuri perhatian netizen.

sajagempak.com - Terima Panggilan Kehadiran Haiwan Berbisa Di Sebuah Rumah, Pasukan Bomba Terkedu Dengan Penemuan Mereka Di Rumah Pengadu Jam 1 Pagi

Ada juga yang menyelar tindakan si pengadu kerana tidak melakukan pemeriksaan terlebih dahulu sebelum menghubungi anggota bomba.

“Kesian mereka, tak boleh ke periksa dulu sebab kalau benar tidak mengapa… kalau silap dan kebetulan waktu itu ada kebakaran, kemalangan lebih diutamakan. Mereka pasti terkejar-kejar,” tulis Umairah di ruangan komen.

sajagempak.com - Terima Panggilan Kehadiran Haiwan Berbisa Di Sebuah Rumah, Pasukan Bomba Terkedu Dengan Penemuan Mereka Di Rumah Pengadu Jam 1 Pagi

Kin pula menulis, “Makin pelik-pelik la panggilan pada bomba yang curi masa bomba dari kecemasan sebenar. Rasa sampai masa dah tubuh satu pasukan lain. Semak dahulu ada keperluan sebenar atau tidak macam kes katak. Ia membuang masa, kos dan tenaga kerja bila setiap jentera bomba digerakkan ke lokasi.”

Namun ada juga yang memuji tindakan anggota bomba yang bersedia dalam apa jua bentuk panggilan kecemasan daripada si pemanggil.

sajagempak.com - Terima Panggilan Kehadiran Haiwan Berbisa Di Sebuah Rumah, Pasukan Bomba Terkedu Dengan Penemuan Mereka Di Rumah Pengadu Jam 1 Pagi
Katak rupanya, saiz pun kecil saja, ermm

“Adoi rumit juga jadi abang bomba… katak dalam bilik air pun kena panggil… namun terbaik abang bomba anda adalah pasukan terbaik,” kata Sharizal.

Dahlia pula berkata, “Ingat kerja bomba tak ada ke, katak pun panggil bomba kesianlah heroku tu katak oh katak.”

"Ku Sangkakan Ular, Rupanya Katak.."BBP SEMENYIH13/01/2020 (ISNIN)PASUKAN BJENIS INSIDEN : KHIDMAT KHAS…

Dikirim oleh Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih pada Minggu, 12 Januari 2020

Mungkin pengadu nampak kepala je kot, tu yang dia takut sampai ingatkan ular, tambah lagi waktu tengah malam, haha. Ini bukan kali pertama situasi sebegini berlaku, dulu pun pernah bomba menerima panggilan panik ada ular di sebuah rumah namun rupanya bukan.

Facebook Comments Box