Tertarik ‘Hoodie’ Lawa Di Kedai Bundle, Gadis Nekad Membelinya Meskipun Ada Kesan Seakan Darah 

Seorang Gadis Sering ‘Diganggu’ Selepas Beli Baju Bundle Ada Kesan Seperti Darah, Gadis Jumpa Semula Pemilik Kedai Yang Akhirnya Terpaksa Berterus Terang Apabila Ustaz Turut Datang.Tertarik 'Hoodie' Lawa Di Kedai Bundle, Gadis Nekad Membelinya Meskipun Ada Kesan Seakan Darah 

Pakaian bundle sememangnya mempunyai peminat dan pembeli tersendiri dan agak popular pada zaman sekarang. Antara faktornya adalah kita boleh mendapatkan pakaian yang kita mahu dengan harga yang murah lagi-lagi kalau brand yang ‘mahal’ dan ‘rare’.

Oleh itu tidak hairanlah , trend penjualan barang bundle sering didapati hampir di kesemua tempat di negara kita dan juga ada yang dijual di platform online.

Namun disebalik kisah-kisah menarik mengenai pakaian bundle ini, seorang gadis berkongsi pengalamannya yang berbeza selepas pulang dari membelinya.

Menerusi Twitter, gadis ini @Billiesya telah berkongsi kisah seram yang menimpa seorang rakannya selepas membeli sehelai hoodie dari sebuah kedai bundle di Raub Pahang

Beli hoodie dengan kesah darah
Menurut wanita ini, Jaket berhud yang dibeli rakannnya itu memang cantik namun terdapat kesan seperti darah di tepi bahagian tengkuknya.

Seperti yang dijangkakan, kesan merah tersebut berjaya dicuci selepas mereka pulang kerumah malah rakannnya telahpun mengenakan jaket tersebut tanpa sebarang masalah.

Sehinggalah satu hari dia termimpi satu perkara aneh didatangi seseorang yang berkata “Aku nak barang aku”Tertarik 'Hoodie' Lawa Di Kedai Bundle, Gadis Nekad Membelinya Meskipun Ada Kesan Seakan Darah 

Kejadian berulang selama seminggu

Kejadian berkenaan berulang selama seminggu. Tidak mampu menahannya si gadi si gadis kemuan memberitahu hal berkenaan kepada ibunya sebelum si ibu bertindak membawa kawannya itu bertemu seorang ustaz.Tertarik 'Hoodie' Lawa Di Kedai Bundle, Gadis Nekad Membelinya Meskipun Ada Kesan Seakan Darah 

Ustaz tanya ada beli barang dari kawan-kawan atau kedai pelik?

Tertarik 'Hoodie' Lawa Di Kedai Bundle, Gadis Nekad Membelinya Meskipun Ada Kesan Seakan Darah 

Sewaktu bertemu dengan ustaz tersebut, rakannya disoal sama ada pernah terbeli barang-barang dari rakan atau dari sebarang kedai-kedai unik.

Lepas seketika Billiesya teringat yang rakannya ada membeli hoodie dari kedai bundle lantas memalumkan kepada rakannya.

Beritahu pada ustaz, ustaz suruh jumpa owner kedai
Mengikuti saranan ustaz mereka kemudian bertemu dengan pemilik kedai tersebut. Dia yang pada mulanya enggan memberitahu bagaimanapun terpaksa berterus terang memandangkan ustaz berkenan turut hadir bersemuka bersama

Baju milik orang yang meninggal kemalangan.

Tertarik 'Hoodie' Lawa Di Kedai Bundle, Gadis Nekad Membelinya Meskipun Ada Kesan Seakan Darah 

Rakannya pulang kan baju

Tertarik 'Hoodie' Lawa Di Kedai Bundle, Gadis Nekad Membelinya Meskipun Ada Kesan Seakan Darah 

Begitu terkejut sehingga mengalami kesukaran tidur selepas mengetahui kisah mengenai pemilik asal jaket berkenaan, rakan Billiesya kemudiannya memulangkan baju berkenaan.

Dia bagaimanapun memerlukan masa seminggu untuk benar-benar pulih dari gangguan.

Sumber: Buzzkini

Facebook Comments Box