Wanita Berstatus Isteri Mengahwini Tiga Lagi Lelaki Dalam Tempoh 3 Bulan

Seorang wanita yang berstatus isteri mengahwini tiga orang lelaki lain dalam tempoh hanya 3 bulan. Menurut laporan Times of News, wanita yang dikenali sebagai Vijaya Amrute, 27 itu bertindak melakukan penipuan berkenaan disebabkan masalah kewangan susulan pandemik Covid-19.sajagempak.com - Wanita Berstatus Isteri Mengahwini Tiga Lagi Lelaki Dalam Tempoh 3 Bulan

Penipuan Vijaya terbongkar apabila salah seorang bekas suaminya bertindak membuat laporan polis. Bekas suaminya itu yang dikenali sebagai Yogesh Shirsath membuat laporan polis kerana merasa dirinya ditipu oleh isterinya apabila wanita berkenaan melarikan diri hanya selepas dua minggu kahwin.

Status sebenar Vijaya akhirnya diketahui selepas disiasat dan terbongkar rupanya wanita berkenaan sudahpun berkahwin dan mempunyai anak.

Wanita itu dan suaminya kehilangan pekerjaan dan menghadapi masalah kewangan disebabkan pandemik sehingga membuatkan Vijaya bertindak mengahwini 3 orang lelaki lain untuk menyelesaikan masalah kewangannya.

sajagempak.com - Wanita Berstatus Isteri Mengahwini Tiga Lagi Lelaki Dalam Tempoh 3 Bulan
Gambar Hiasan

Modus operasi wanita itu adalah selepas berkahwin, dia akan lari meninggalkan suaminya tidak lama kemudian dan membawa barang-barang kemas dan barangan berharga milik suaminya.

Vijaya mula melakukan penipuan itu selepas berkahwin dengan Yogesh Shirsath dan lari selepas dua minggu kemudian.

Selepas itu, dia mengahwini seorang lagi lelaki yang dikenali sebagai Sandeep Darade yang tinggal di Raogad Karjat. Dia mengulangi tindakannya dengan melarikan diri tidak lama kemudian dengan mebawa barangan berharga dari rumah.

Vijaya kemudian ditahan oleh polis pada 31 Oktober 2020.

Facebook Comments Box