Seperti yang kita sedia maklum, nak hidup pada zaman sekarang semuanya perlukan duit dan masih ramai dikalangan orang kitA yang menghadapi masalah yang melibatkan kewangan.
Baru-baru ini, tular satu perkongsian daripada seorang individu dikenali sebagai Pe Chey di facebook yang meraih lebih 3 ribu tanda suka dan lebih seribu perkongsian.
Kisah ini berlaku ketika lelaki ini menghampiri keretanya, dia didatangi oleh seorang wanita mendukung anak yang mengetuk-ngetuk cermin kereta. Di bawah ini adalah perkongisan beliau yang mendapat perhatian netizen.
” Bang, minta maaf, boleh tak belikan saya susu anak dengan beras? Saya tak ada duit bang. anak menangis lapar. ”
Seelok sahaja aku hampiri kereta, usai belikan barang untuk asnaf, seorang wanita mendukung anak, mengetuk cermin kereta. Isteri ketakutan. Dia ingatkan sindiket apa.
” Mana suami adik? Meh-meh ikut abang masuk Ecornmart. Meh beli apa perlu.”
Suaminya keluar daripada kereta. Malu-malu dia. Ketara muka orang bermasalah. Banyak memikir mungkin. Kita golongan marhaen.
” Kau kerja apa dik? Ada kerja lagi tak ?”.
” Saya kelindan lori bang. Takde trip jauh bila PKP ni. Gaji pun banyak lari. Maaf bang menyusahkan.”
” Tak apa, kau masuk, abang tunggu kat kaunter. Ambiklah apa perlu.”
Dia segera masuk. Di tangannya, ada sekampit beras 10 kilo dan paket susu anak.
” Bang, boleh saya ambil pampers anak satu?”
” Ambik dik, tak apa.”
Aku ambilkan sepaket cokelat KitKat. Anaknya 2 orang ada dalam kereta. Kecil lagi.
Masa kat kaunter nak bayar,
” Bang, saya ada banyak ni je, ambillah. ”
Dia tunjukkan not sepuluh ringgit pada aku.
” Tak apa. Kau simpan. Guna elok-elok.”
” Terima kasih bang. Besar jasa abang tolong ni. Nanti saya gaji, saya bayar. Bagi nombor telefon abang. ”
” Tak payah dik. Ini abang bayar guna duit Dana Kita. Kau doakan penyumbang dan abang murah rezeki. Abang NGO Dana Kita dik.”
Sambil aku tunjukkan di telefon, apa tu Dana Kita. Dia mengangguk. Mukanya berubah.
” Ya Allah bang, memang tuhan jumpakan kita.”
” Ye dik, kau jumpa orang yang betul hari ni.’
Aku lambai anaknya sambil suakan paket KitKat. Anaknya berebut sambil ketawa.
Ini kisah benar yang berlaku petang tadi. Ajaib. Tuhan pertemukan aku dengan mereka yang terdesak hidupnya. Mereka kadangnya tak tahu kat mana nak mintak bantu. Sedihnya.
Inilah aku, cikgu Mohd Fadli Salleh dan semua AJK Dana Kita lakukan sepanjang PKPB ini. Kami bergerak setiap hari tanpa henti. Ada kisah yang sempat kami kongsikan dengan kalian, ada yang tak sempat nak dikarang.
Kami kena bantu mana yang termampu.
Pertubuhan Kebajikan Dana Kita
Maybank
564221646925
Seringgit daripada anda sangatlah bermakna.
Sumber: Facebook Pe Chey