Wanita Lahirkan Bayi Yang Masih Dalam Kantung Ketuban Dengan Sekali Teran

Seorang wanita langsung tidak menyangka dirinya akan melahirkan bayi jauh lebih awal daripada tarikh yang dijangka. Di usia kandungan yang baru mencecah 29 minggu dia akhirnya melahirkan bayinya dalam keadaan pra matang. Apa yang menariknya bayinya, Ean dilahirkan masih lagi dalam kantung ketubannya yang masih belum pecah.sajagempak.com - Wanita Lahirkan Bayi Yang Masih Dalam Kantung Ketuban Dengan Sekali Teran

Kantung ketuban dipenuhi dengan cecair yang berfungsi untk menjaga dan memberi keselesaan kepada bayi ketika berada di rahim serta menyediakan dengan bendalir supaya ia dapat bernafas dan mendapatkan makanan atau minuman daripada ibu. Semasa proses bersalin air ketuban akan pecah dan cecair keluar.

Raelin Scurry, dari Pennsylvania, Amerika Syarikat, tidak menjangka akan bersalin awal, pada awalnya dia berfikir bahawa kesakitan yang dialaminya hanyalah hanyalah Braxton Hicks – kekejangan yang berlaku pada pertengahan dan akhir kehamilan.

Ean Jamal dilahirkan di dalam kantung ketubansajagempak.com - Wanita Lahirkan Bayi Yang Masih Dalam Kantung Ketuban Dengan Sekali Teran

Pada awalnya dia tidak begitu menghiraukan kesakitannya, tetapi selepas 45 minit dia merasakan kesakitan yang berterusan semakin yang menyakitkan dia kemudian memutuskan untuk terus ke hospital. Memandangkan kontraksinya semakin kerap dia sudah tahu sudah tiba masanya untuk dia meneran.

Raelin, bersama pasangan dan anak perempuannya, melahirkan Ean dengan hanya satu teransajagempak.com - Wanita Lahirkan Bayi Yang Masih Dalam Kantung Ketuban Dengan Sekali Teran“Saya menghubungi 911 kerana saya sangat takut.”

“Mereka tidak dapat memahami saya kerana jeritan saya kerana kontraksi. Jadi saya menyerahkan telefon itu kepada tunang saya, saya menarik seluar saya dan mendapati kepalanya sudah keluar.”

Ean hanya seberat 3lb 1oz ketika dia dilahirkan tetapi beratnya mula bertambah dan dia juga mula diberi sususajagempak.com - Wanita Lahirkan Bayi Yang Masih Dalam Kantung Ketuban Dengan Sekali TeranDengan hanya sekali teran, bayinya selamat dilahirkan di dalam kereta. Apa yang lebih mengejutkan dia menyedari bahawa bayinya masih berada di dalam kantung ketubannya.

Raelin dengan kandungan yang berusia 29 minggu ketika melahirkan bayinya

sajagempak.com - Wanita Lahirkan Bayi Yang Masih Dalam Kantung Ketuban Dengan Sekali TeranBayi comel itu dilahirkan dengan berat 3lb 1oz. Kelahiran seperti ini dikatakan sangat jarang berlaku, iaitu kurang daripada satu dalam 80,000 kelahiran.

Ibu hamil juga lebih kerap memiliki kaedah c-seksyen daripada kelahiran secara normal untuk melahirkan bayi mereka. Kadang-kadang bayi dilahirkan dengan kantung yang hanya menutup kepala mereka, ini disebut kelahiran caul (caul bith). – EB

 

Facebook Comments Box