“Ambil Lagu Orang Dan Nyanyikan Di Youtube” – Awie Saran Usah Iktiraf Golongan “Pengacau” Dalam Industri Muzik

MELAKA: Legenda rock, Datuk Awie mempersoalkan kewujudan bakat baharu yang pantas dijulang sebagai artis biarpun sekadar mendendangkan lagu penyanyi lain dan memuat naik aksi di YouTube.sajagempak.com - “Ambil Lagu Orang Dan Nyanyikan Di Youtube” - Awie Saran Usah Iktiraf Golongan “Pengacau” Dalam Industri Muzik

Menggelarkan golongan ini sebagai ‘pengacau’ dalam industri muzik, Awie meminta mereka tidak diiktiraf sebagai selebriti kerana tidak melalui proses betul untuk menjadi artis.

Awie menganggap bakat baharu perlu membuktikan kemampuan dengan merakamkan album penuh, bukannya ‘merompak’ lagu artis lain dan memuat naik di YouTube. Foto NSTP/Nazri Abu Bakar

Awie menganggap bakat baharu perlu membuktikan kemampuan dengan merakamkan album penuh, bukannya ‘merompak’ lagu artis lain dan memuat naik di YouTube. Foto NSTP/Nazri Abu Bakar

sajagempak.com - “Ambil Lagu Orang Dan Nyanyikan Di Youtube” - Awie Saran Usah Iktiraf Golongan “Pengacau” Dalam Industri Muzik

“Jangan iktiraf kumpulan artis’ perompak’ kerana mereka tidak melalui proses betul untuk menjadi artis dalam erti kata sebenar,” katanya pada sidang media Showcase Datuk Awie Raikan Cinta Ramadan di Hotel LaCrista Melaka di Melaka, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Awie atau nama sebenar, Ahmad Azhar Othman meminta persatuan seni lebih peka sebelum sebelum mengiktiraf bakat baharu.

Tambah Awie, beliau pernah berbicara mengenai kualiti yang perlu ada untuk menjadi artis.

“Dengan mengambil lagu orang lain, menyanyikan di YouTube mereka sudah dianggap artis.

“Habis, kita (artis sebenar) yang susah tebas jalan, buat 10 lagu dalam sebuah album dan belanja berpuluh ribu ringgit, tiba-tiba mereka (bakat baharu) buat satu single guna lagu orang.

sajagempak.com - “Ambil Lagu Orang Dan Nyanyikan Di Youtube” - Awie Saran Usah Iktiraf Golongan “Pengacau” Dalam Industri Muzik

“Contohnya, lagu saya. Saya hidup lagi tapi selepas itu, orang ‘angkat’ dia (bakat baharu), jadi, kita rasa macam mana?” katanya.

Awie menganggap artis YouTube yang mencipta nama melalui cara itu ‘merompak’ hasil seni selebriti yang bersusah payah membina karier melalui album.

“Dahulu kita perangi cetak rompak. Tetapi sekarang, selepas mereka (artis YouTube) keluar, nampak pengikut bagus, stesen televisyen (TV) panggil mereka ‘merompak’ hasil kami.

“Jadi, saya minta persatuan hiburan agar kuatkan sedikit undang-undang bagaimana mereka ‘duduk’ dalam industri.

sajagempak.com - “Ambil Lagu Orang Dan Nyanyikan Di Youtube” - Awie Saran Usah Iktiraf Golongan “Pengacau” Dalam Industri Muzik

“Sekurang-kurangnya buatlah sebuah album dengan 10 lagu,” katanya.

Sementara itu, Awie akan mengadakan persembahan di Hotel LaCrista, Melaka, malam esok, sebaik selesai solat Tarawih.

Persembahan itu bakal mengubat kerinduan peminat selepas hampir dua tahun Awie tidak muncul di pentas dalam norma baharu dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Pandangan Datuk Awie mengenai kewujudan ‘bakat-bakat baru” ini mendapat pelbagai reaksi netizen. Antara komen-komen netizen:

Biar lah mereka ketengahkan bakat mereka, nak masuk TV entah bila..

sajagempak.com - “Ambil Lagu Orang Dan Nyanyikan Di Youtube” - Awie Saran Usah Iktiraf Golongan “Pengacau” Dalam Industri Muzik

Hina sangat ke penyanyi2 baru yang ‘cover’ lagu-lagu lain sampai digelar perompak?

sajagempak.com - “Ambil Lagu Orang Dan Nyanyikan Di Youtube” - Awie Saran Usah Iktiraf Golongan “Pengacau” Dalam Industri Muzik

Bersaing dengan adil dalam apa jua pekerjaan..

sajagempak.com - “Ambil Lagu Orang Dan Nyanyikan Di Youtube” - Awie Saran Usah Iktiraf Golongan “Pengacau” Dalam Industri Muzik

Sumber: BH Online

Facebook Comments Box