Penduduk Tempatan Terdengar Bunyi Pelik Menakutkan, Ingatkan Diserang Godzilla, Rupanya Pak Imam Berdengkur Lupa Tutup Mikrofon

Jawab jujur, korang tidur ada berdengkur atau tidak? Dengkuran ialah bunyi pernafasan yang kuat dan bising ketika tidur. Jika seseorang itu berdengkur, ia menandakan saluran pernafasannya terhalang seketika. Ini disebabkan halangan dalam saluran pernafasan. Getaran tisu pada bahagian kerongkong menyebabkan bunyi dengkuran itu muncul.Penduduk Tempatan Terdengar Bunyi Pelik Menakutkan, Ingatkan Diserang Godzilla, Rupanya Pak Imam Berdengkur Lupa Tutup Mikrofon

Kira-kira 50 peratus individu berdengkur dan ia dianggap perkara biasa. Namun apabila mengganggu tidur orang lain dan juga menyebabkan kualiti tidur terganggu, itu menandakan individu berkenaan memerlukan rawatan bagi mengatasi atau setidak-tidaknya mengurangkan dengkurannya.

Tular di TikTok seorang imam di Bahrain selepas tertidur lena tanpa menutup suis mikrofon di bajunya terlebih dahulu.

Penduduk Tempatan Terdengar Bunyi Pelik Menakutkan, Ingatkan Diserang Godzilla, Rupanya Pak Imam Berdengkur Lupa Tutup Mikrofon

Perkongsian dari Tiktok yang dimuat naik oleh pengguna Twitter itu mendapat reaksi lucu pelbagai warganet.

Difahamkan pada awalnya, ada beberapa orang tempatan yang terkejut dan tertanya apakah bunyi yang pelik dan menakutkan itu. Ada diantara mereka yang mengingatkan bunyi itu sebagai tanda amaran atau sebaliknya.

Penduduk Tempatan Terdengar Bunyi Pelik Menakutkan, Ingatkan Diserang Godzilla, Rupanya Pak Imam Berdengkur Lupa Tutup Mikrofon

Walau bagaimanapun, ternyata bunyi pelik itu adalah dengkuran yang datang dari imam yang lupa menutup suis mikrofon selepas mengerjakan solat.

Perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna media sosial. VIDEO:

Ramai menganggap itu merupakan salah satu kekhilafan imam yang mencuit hati tetapi comel dalam masa yang sama.

Kredit: The News Malaysia

Facebook Comments Box