Bayi 9 Bulan Ditemui Sudah Tidak Bernyawa Lagi Dalam Kereta Selepas 4 Jam Ditinggalkan

Seorang bayi berusia 9 bulan ditemui mati dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota di sini tengah hari tadi. Kejadian di tapak parkir kompleks itu disedari bapa mangsa apabila hendak keluar dari pejabat dan memasuki kenderaan kira-kira jam 1 tengah hari.sajagempak.com - Bayi 9 Bulan Ditemui Tak Bernyawa Lagi Dalam Kereta lepas Ditinggalkan 4 Jam

Difahamkan, ketika menyedari anaknya berada dalam kereta, bapanya yang panik hanya mampu menjerit Allahuakbar dan jeritannya didengari orang awam berhampiran.

Bapa bayi yang ditemui mati dalam kereta dikatakan lupa untuk menghantar anaknya ke taska sebelum ditinggalkannya selama empat jam di parkir Kompleks Tun Abdul Razak (Komtur) Indera Mahkota di sini hari ini.

sajagempak.com - Bayi 9 Bulan Ditemui Tak Bernyawa Lagi Dalam Kereta lepas Ditinggalkan 4 Jam

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusuf Ali berkata, Annur Jannatul Syuhada Mohd Khalil berusia 9 bulan itu hanya disedari terbaring di dalam kenderaan berkenaan ketika bapanya, 38, hendak keluar makan kira-kira jam 1 tengah hari.

“Berdasarkan siasatan awal, pada jam 7.20 pagi bapa mangsa keluar menghantar anak sulung berusia 10 tahun ke sebuah sekolah di Kampung Chendering, Paya Besar sebelum balik semula ke rumah untuk mengambil isteri berusiaa 39 tahun, anak kedua berumur 6 tahun dan juga mangsa.

sajagempak.com - Bayi 9 Bulan Ditemui Tak Bernyawa Lagi Dalam Kereta lepas Ditinggalkan 4 Jam

“Pada jam 8.25 pagi bapa mangsa hantar pula anak kedua ke sekolah yang sama seterusnya menghantar isteri ke tempat kerja di Indera Mahkota sebelum ke tempat kerjanya di Pejabat Jabatan Kerja Raya yang terletak di Komtur,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, bayi itu sepatutnya dihantar ke sebuah taska di Indera Mahkota 15 tetapi bapanya itu terlupa dan mangsa dianggarkan ditinggalkan sendirian di dalam kereta tersebut dari jam 9 pagi.

sajagempak.com - Bayi 9 Bulan Ditemui Tak Bernyawa Lagi Dalam Kereta lepas Ditinggalkan 4 JamBapa mangsa mendukung jenazah keluar dari Unit Forensik HTAA kira kira jam 7.30 malam.

“Mangsa pada awalnya dibawa ke Klinik Kesihatan Indera Mahkota dan disahkan meninggal dunia sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan siasatan terperinci akan dijalankan dengan mengambil kira semua aspek termasuk salah laku jenayah atau kecuaian,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian di Jabatan Perubatan Forensik Hospital HTAA mendapati Pengarah JKR Pahang, Datuk Othman Nordin dan Pengarah Jabatan Pendidikan Pahang, Datuk Tajuddin Mohd Yunus turut menziarahi keluarga mangsa.

Sumber: Sinar Harian

Facebook Comments Box