Ibu Tunggal Terpaksa Jual Telefon Bimbit Untuk Beli Makanan Buat Keluarga

Pada musim pandemik ini, tidak dinafikan ramai yang kehilangan pekerjaan dan hilang punca rezeki untuk sara hidup mereka dan keluarga mereka. Oleh itu, ramai yang akan mencari pelbagai cara demi mendapatkan duit bagi membeli barangan keperluan seperti barangan dapur, makanan dan minuman.Ibu Tunggal Terpaksa Jual Telefon Bimbit Untuk Beli Makanan Buat Keluarga

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Shahril berkongsikan satu video yang menjadi tular apabila dalam video tersebut memaparkan kesusahan sebuah keluarga yang hilang punca pendapatan sekarang ini.

Kisahnya bermula, apabila lelaki ini disapa oleh seorang wanita yang datang menaiki motosikal ketika dia sedang rehat. Wanita berkenaan, menawarkan untuk menjual telefon bimbit anaknya bagi membeli makanan dan minuman.

Apa yang lebih meruntun hati lagi, apabila ibu tunggal kepada empat cahaya mata ini menjelaskan dia dan anak-anaknya tidak makan sejak pagi lagi.

Tengah rehat tiba-tiba akak ni mai. Dia nak jual telefon dia. Saya tanya kepada nak jual, dia cakap tak ada duit nak makan. Dari pagi tak makan. Ni dari pagi tak makan, anak dekat rumah pun tak makan. Minyak motor pun nak habis dah.

Ibu Tunggal Terpaksa Jual Telefon Bimbit Untuk Beli Makanan Buat Keluarga

Ujar wanita ini lagi, sebelum ini dia mengambil upah mencuci di rumah pelanggannya namun, berikutan pelaksanaan PKP ia menghalangnya untuk berbuat demikian.

Kak buat kerja cuci rumah orang. Ni Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tak boleh buat. Ni telefon anak dia tak bagi jual, tapi kak terpaksa. Duduk dengan anak 4 orang, kak ibu tunggal.

Susulan daripada itu, lelaki ini tampil memberikan sedikit bantuan kepada wanita ini dan menjelaskan bantuan susulan akan dihantar terus ke rumahnya selepas ini.

Takpa kak jangan jual telefon tu. Kami bagi duit sikit, duit ni dari supportes kami dalam kerja amal. Kak bagi number telefon nanti, kami mai rumah hantar bantuan sikit.

VIDEO:

Antara komen-komen netizen:

Ibu Tunggal Terpaksa Jual Telefon Bimbit Untuk Beli Makanan Buat Keluarga

Terima kasih buat abang ini kerana sudi menolong ibu tunggal ini. Semoga wanita ini diberikan ketabahan untuk membesarkan anak-anak dan dimurahkan rezeki.

Sumber: OHBULAN

Facebook Comments Box