Kehadiran seekor spesis ikan aneh di Pasar Ikan Kampung Batu Satu, Kuala Baram, Miri telah menggemparkan orang ramai yang datang ke pasar berkenaan.
Hal ini kerana ikan tersebut merupakan satu ikan yang jarang ditemeui dan membuatkan orang ramai ingin melihatnya dari jarak dekat. Ikan tersebut adalah Ikan naga yang lebih dikenali sebagai ikan “oar” atau nama saintifiknya “Regalecus Glesne”.
Ikan naga yang berada di pasar tersebut adalah dianggarkan berukuran 12 kaki panjang.
Penemuan ini pada masa yang sama membuatkan warga setempat teruja untuk melihatnya kerana spesis ikan dilaut dalam berkenaan sukar untuk ditemui.
Bagaimanapun menurut kepercayan tradisi masyarakat Jepun, sekiranya ikan ini atau nama tradisional Jepunnya, “ryugu no tukai” yang bermaksud utusan dari istana raja naga terdampar di pantai, ia petanda bahawa gempa bumi akan berlaku.
Menurut kepercayaan masyarakat Jepun sekiranya ikan naga terdampar di pantai, ia petanda bahawa gempa bumi akan berlaku.
Berdasarkan penjelasan saintifik, profesor ilmu icthylogoy di Universiti Kagoshima , Hiroyuki Motomura, ikan ini cenderung naik ke permukaan apabila keadaan fizikal lemah atau peningkatan arus air.
Tambahnya lagi, tiada bukti saintifik yang menunjukkan penemuan ikan dengan kejadian gempa bumi.
Ikan yang mempunyai sisik berwarna perak dengan sirip kemerah-merahan berkenaan dijumpai setelah tersangkut pada pukat milik nelayan tempatan.
Menurut penduduk tempatan , ini bukanlah kali pertama ikan naga muncul di situ kerana ikan naga ini juga pernah muncul di daerah yang sama suatu ketika dulu.