Selepas tiga hari hilang dari rumahnya, seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun berjaya ditemui semula dalam keadaan selamat. Kejadian mencemaskan itu berlaku di kawasan luar bandar di New South Wales itu, Australia.
Sebaik sahaja didapati hilang dari rumah, keluarganya pun mula mencari di kawasan sekitar rumah sambil dibantu oleh rakan-rakan mereka. Namun pencarian mereka gagal dan akhirnya mereka pun terus melaporkan kepada pihak berkuasa.
Budak lelaki yang dikenali sebagai Aj Elfalak itu akhirnya berjaya dikesan oleh helikopter polis di sebuah anak sungai berhampiran rumahnya iaitu kira-kira jarak 500 meter dari rumahnya.
Ketika ditemui pasukan penyelamat, budak 3 tahun itu dilihat melutut di sungai dan sedang meminum air berlumpur. Kanak-kanak itu kemudiannya diperiksa dan dibawa oleh paramedik sebelum dihantar ke rumah keluarganya.
Ibunya yang bernama Kelly jatuh pengsan saat diberitahu mengenai penemuan anaknya dengan selamat.
Menurut Pasukan Operasi Khas, Gerry Pyke, mereka terkejut apabila menemui budak tersebut dalam keadaan yang lebih baik dari sangkaan mereka. Menurutnya, budak tersebut ditemui dengan hanya luka pada kaki, gigitan semut dan ruam kerana lampin pakai buang dipakainya.
Superintendan Tracy Chapman percaya, sumber air di mana kanak-kanak itu didapati bermain adalah penyebab yang memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk terus hidup.
“Pakar mengatakan jika (budak itu) memiliki akses ke air, dia akan dapat bertahan dalam jangka waktu lama, daripada masalah dehidrasi.
“Dan jelas, mangsa menjumpai air dan dengan jelas meminumnya,” katanya.
Ketika anggota penyelamat pertama menemukan mangsa, dia melihat kanak-kanak itu melutut di sungai.
“Anggota keselamatan meletakkan tangannya di bahu kanak-kanak ini dan dia berpaling ke arah kami dan tersenyum lebar.
“Senyum yang tidak akan dilupakan pasukan penyelamat,” ujar ketua penyelamat Simon Merrick.
Menurut CBS News, Aj Elfalak tidur dalam ambulans ketika dibawa ke rumah keluarganya sebelum bangun kelaparan dan akhirnya diberi makan 3 slice pizza dan buah pisang dengan bersemangat.
VIDEO:
Diingatkan kepada semua ibu bapa atau penjaga di rumah yang mempunyai kanak-kanak kecil, sentiasalah pantau aktiviti anak-anak kecil ini dan jangan biarkan mereka bersendirian tanpa pengawasan.
Sumber: CBS News, Harian Metro