Seorang lelaki yang juga seorang ahli perniagaan bengang dan terkilan apabila isteri yang baru dikahwininya telah melarikan diri. Ahli perniagaan yang dikenali sebagai Ankit Jain, 38 pada mulanya bersetuju untuk mengahwini Swati Bhatt dengan hanya melihat foto sahaja yang dihantar melalui WhatsApp dan dia tidak pernah bertemu dengannya sebelum ini.
Mereka berkahwin dengan bantuan seorang lelaki yang dikenali sebagai Satish Patel yang menjadi orang tengah perkenalan mereka.
Ankit Jain kemudian memberikan duit Rs170,000 (RM9.5K ) kepada abang Swati, Hitesh Trivedi dan Rs20,000 (RM1.1K) kepada Satish Patel. Selain itu, ibunya juga turut memberikan kain sari Rs1,400 (RM78) dan sebentuk cincin emas bernilai Rs20,000 (RM1.1K) kepada isterinya, Swati Bhatt.
Perkahwinan mereka berlangsung dengan aman dan lancar tanpa sebarang masalah, namun Ankit tidak menyedari isterinya, abang isterinya Hitesh Trivedi dan Satish Patel merancang sesuatu terhadapnya.
Sebaik sahaja majlis selesai dan pasangan suami isteri dalam perjalanan bergerak menuju ke rumah pakcik Ankit bersama dengan Ibu Ankit menggunakan kereta, Swati mengatakan mahu berhenti untuk pergi ke tandas dan membeli makanan.
Namun kemudian, Swati tidak keluar-keluar dari tandas hingga mdenyebabnkan Ankit dan ibunya tertany-tanya keadaannya. Mereka cuba mencarinya di merata-rata tempat tapi gagal menjumpainya.
Ankit dan ibunya mula mengesaki Swati melarikan diri dan mereka sudah tertipu. Mereka kemudian cuba menghubungi abang Swati dan Satish Patel. Abang Sawati tidak dapat dihubungi namun Satish Patel menyambut panggilan mereka dan meminta mereka terus mencari Swati di tempat berdekatan.
Menurut laporan Times of India, selepas puas mencari tapi tak jumpa-jumpa, Ankit cuba menghubungi Satish Patel semula, namun kemudian panggilannya langsung tidak dijawab meskipun sudah cuba berkali-kali.
Ankit Jain yang menyedari dirinya sudah ditipu pun kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Varacha.