Lelaki Terkejut ‘Tetamu’ Panjat Pagar Rumah Untuk Sampaikan Berita

Tular di media sosial apabila seekor ‘tetamu’ gergasi yang tidak diundang dirakam memanjat pagar sebuah kediaman yang didakwa terletak di Johor.sajagempak.com - Lelaki Terkejut 'Tetamu' Panjat Pagar Rumah Untuk Sampaikan Berita

Penghuni kediaman itu yang ternyata sangat terkejut dengan kedatangan biawak gergasi itu sempat merakam beberapa keping gambar kejadian dan memuat naik gambar berkenaan di laman sosial dengan menulis, “Anda mungkin ada memelihara anjing di rumah tetapi di sini saya mempunyai buaya ‘kecil’!”

Sekali pandang, sememangnya biawak yang besar ini boleh disalah anggap sebagai anak buaya. Dengan saiznya yang agak besar untuk biawak dan warna kulitnya yang mirip warna kulit buaya, pasti ramai yang berasa gerun dengan haiwan ini.

sajagempak.com - Lelaki Terkejut 'Tetamu' Panjat Pagar Rumah Untuk Sampaikan Berita

‘Berita’ apa dia nak sampaikan agaknya ya

sajagempak.com - Lelaki Terkejut 'Tetamu' Panjat Pagar Rumah Untuk Sampaikan Berita

Malah, dua ekor anjing di kawasan kejiranan turut datang untuk ‘menyiasat’ tetamu yang aneh pada mata mereka itu.

sajagempak.com - Lelaki Terkejut 'Tetamu' Panjat Pagar Rumah Untuk Sampaikan Berita

Tahu pun takut, ekor dah naik atas tu..

sajagempak.com - Lelaki Terkejut 'Tetamu' Panjat Pagar Rumah Untuk Sampaikan Berita

Walau bagaimanapun, insiden ini ternyata menjadi bualan ramai dan menjadi salah satu bahan hiburan para pengguna internet apabila mereka mula menambah dialog yang kononnya diucapkan oleh biawak yang ‘tergantung’ di pagar kediaman itu. Lucu!

sajagempak.com - Lelaki Terkejut 'Tetamu' Panjat Pagar Rumah Untuk Sampaikan Berita

Menurut komen, dimaklumkan bahawa akhirnya biawak itu berjaya melarikan diri melalui longkang ketika anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat cuba untuk menangkapnya.

sajagempak.com - Lelaki Terkejut 'Tetamu' Panjat Pagar Rumah Untuk Sampaikan Berita

Biawak besar ini memang nampak agak menakutkan bagi sesetengah orang, tetapi sebenarnya biawak ini senang saja nak dihalau sebab ia biasa memang takut dengan manusia dewasa.

Sumber: World of Buzz, Long Cherng Yee | Facebook

Facebook Comments Box

One Reply to “Lelaki Terkejut ‘Tetamu’ Panjat Pagar Rumah Untuk Sampaikan Berita”

Comments are closed.