Lintah Bulan Merah Jambu Ditemui Di Australia

Sebut saja lintah, mesti ramai yang secara automatik akan terasa geli dan tak kurang juga yang takut jika berhadapan dengan apa saja jenis lintah. Terdapat pelbagai jenis lintah air tawar, air laut dan daratan di dunia ini. Walaubagaimanapun, ada satu spesies lintah yang cuma terdapat di satu tempat di Australia iaitu lintah bulan merah jambu.
sajagempak.com - Lintah Bulan Merah Jambu Ditemui Di Australia

Satu spesies lintah bulan berwarna merah jambu cuma boleh didapati di sebuah gunung di Australia ditemui selamat dalam satu tragedi kebakaran hutan dahsyat yang berlaku. Kebakaran dahsyat itu telah memusnahkan sebahagian besar habitat lintah berkenaan hingga dikhuatiri semuanya sudah tiada dan menjadi mangsa.

Menurut laporan CNN, lintah bulan berwarna merah jambu itu dimaklumkan menghuni kawasan lereng gunung berapi tidak aktif, Gunung Kaputar di New South Wales (NSW) sebelum ianya dikhuatiri pupus.

sajagempak.com - Lintah Bulan Merah Jambu Ditemui Di Australia

Hinggalah selepas hujan baru-baru ini, sebanyak lebih kurang 60 spesies lintah tersebut yang masih hidup ditemui di Gunung Kaputar oleh renjer dari Taman Negara NSW dan Perkhidmatan Hidupan Liar.

sajagempak.com - Lintah Bulan Merah Jambu Ditemui Di Australia

 

“Ia mungkin tidak secomel koala atau walabi, tetapi spesies itu juga memainkan peranan penting dalam ekosistem,”  demikian kata pihak organisasi itu dalam kenyataan mereka.

Lintah bulan Gunung Kaputar berukuran sehingga 20 sentimeter kebanyakannya tidak diketahui sehingga 2013 apabila ia dikenali sebagai spesies baharu.

sajagempak.com - Lintah Bulan Merah Jambu Ditemui Di Australia

Menurut penyelidik kanan malacology di Muzium Australia, Frank Kohler, Taman Negara Gunung Kaputar adalah rumah kepada kira-kira 20 spesies endemik lintah bulan dan siput.

Tambahnya lagi, penemuan lintah itu juga mungkin petanda baik dan memberi harapan bahawa kesan akibat kebakaran dahsyat di hutan di kawasan berkenaan mungkin tidak seteruk seperti yang disangka ramai.

Facebook Comments Box