Remaja OKU Ditemui Mati, Tak Mampu Urus Diri Selepas Ayah Dikuarantin Kerana Covid-19

Seorang remaja OKU di China meninggal dunia selepas bapa serta abangnya dikuarantin kerana disyaki dijangkiti Covid-19.Mayat Yan Cheng, 16, telah ditemui dirumahnya pada Rabu, seminggu selepas bapa dan abangnya dikuarantin.sajagempak.com - Remaja OKU Ditemui Mati, Tak Mampu Urus Diri Selepas Ayah Dikuarantin Kerana Covid-19

Menurut BBC, remaja lelaki tersebut hanya diberi makan dua kali sehari sejak virus maut yang telah membunuh ratusan nyawa di China itu tular.

Kisah Yan Cheng telah mendapat liputan luas dan menjadi tular di media sosial. Susulan daripada insiden tersebut, Setiausaha parti Komunis dan Datuk Bandar Huajiahe dilaporkan telah dilucutkan jawatan.

Seperti yang dilaporkan media tempatan, bapa kepada remaja tersebut telah memuat naik satu perkongsian di platform media sosial China iaitu Weibo untuk meminta pertolongan kepada orang ramai serta turut menjelaskan keadaan anaknya itu yang ditinggalkan sebatang kara tanpa makanan dan minuman.

sajagempak.com - Remaja OKU Ditemui Mati, Tak Mampu Urus Diri Selepas Ayah Dikuarantin Kerana Covid-19

Difahamkan, remaja tersebut menghidapi cerebral palsy dimana gejala ini biasanya timbul sebelum kanak-kanak itu berumur 2 tahun. Pesakit yang mengalami gejala ini biasanya akan mempunyai masalah untuk menelan dan bercakap serta masalah deria penglihatan dan pendengaran. Dalam sesetengah kes, pesakit akan menjadi lumpuh sepenuhnya.

Dalam pada itu, pihak berkuasa memaklumkan bahawa siasatan akan dijalankan bagi menyiasat kematian remaja tersebut.

Sumber:  BBC

Facebook Comments Box