“Suami Saya Hidup Lagi..” Cikgu Wanita Bengang Scammer ‘Jandakan’ Dirinya Dalam Group Cari J0D0H

Pada masa kini, semakin banyak aplikasi dan platform media sosial yang popular dan digunakan orang ramai. Dalam pada itu, kecurian data dan kewujudan akaun-akaun palsu juga meningkat dan adakalanya digunakan semata-mata untuk kepentingan dan tujuan tertentu yang boleh memudaratkan.sajagempak.com - "Suami Saya Hidup Lagi.." Cikgu Wanita Bengang Scammer ‘Jandakan’ Dirinya Dalam Group Cari J0D0H

Akaun-akaun palsu ini biasanya digunakan untuk memfitnah dan menyebarkan berita-berita palsu dan tidak kurang juga digunakan oleh mereka yang bergelar penipu atau scammer untuk menipu dan memperdaya orang lain.

Menerusi luahan daripada pengguna Twitter yang juga seorang guru, Arifah Raedah telah memuat naik beberapa tangkapan skrin menunjukkan gambarnya digunakan scammer di laman Facebook mencari jodoh.

"Suami Saya Hidup Lagi.." Cikgu Wanita Bengang Scammer ‘Jandakan’ Dirinya Dalam Group Cari J0D0H

Dalam beberapa muat naik tangkapan skrin cikgu tersebut di Twitter, dia memaklumkan individu tersebut menggunakan gambar dan namanya untuk mencari pasangan hidup.

Apa yang menggelikan hati adalah scammer berkenaan memaklumkan dirinya berusia 44 tahun dan sudah bergelar janda anak dua.

sajagempak.com - "Suami Saya Hidup Lagi.." Cikgu Wanita Bengang Scammer ‘Jandakan’ Dirinya Dalam Group Cari J0D0H

Hakikatnya, cikgu muda itu baru berusia 20-an dan masih mempunyai suami.

sajagempak.com - "Suami Saya Hidup Lagi.." Cikgu Wanita Bengang Scammer ‘Jandakan’ Dirinya Dalam Group Cari J0D0H

Perkongsian tersebut nyata membuatkan warganet geram kerana scammer terbabit menggunakan foto cikgu Arifah bagi tujuan tidak betul.

Ia bukan sahaja mencemarkan nama baik guru berkenaan malahan memberi imej kurang baik kepada kerjayanya yang merupakan seorang pendidik. Antara komen-komen netizen:

sajagempak.com - "Suami Saya Hidup Lagi.." Cikgu Wanita Bengang Scammer ‘Jandakan’ Dirinya Dalam Group Cari J0D0H

Report akaun tu..

sajagempak.com - "Suami Saya Hidup Lagi.." Cikgu Wanita Bengang Scammer ‘Jandakan’ Dirinya Dalam Group Cari J0D0H

Berhati-hati la kalau anda berkenalan dengan mana-mana orang dalam laman social terutama dalam group-group cari jodoh/pasangan macam ini, jangan mudah nak percaya lebih-lebih lagi kalau tak pernah jumpa depan mata, takut nanti kena tipu.

Facebook Comments Box