Seorang ibu berkongsikan kisah dirinya bertukar menjadi takut apabila dia memeriksa semula kamera CCTV yang diletakkan dalam biliknya dan mendapati bayinya melambai ke arah suara aneh yang berbisik ‘tolong saya’.
Akui wanita tersebut di satu laman perkongsian popular dalam talian, pada awalnya dia menanggap suara tersebut hanyalah gurauan yang dicetuskan penggodam sistem kamera.
Namun, dia kemudiannya berubah fikiran setelah menguatkan suara klip tersebut.
Tulisnya di laman perkongsian terbabit, “Saya melihat anak perempuan saya melambai ke arah kamera dan menganggap ia sangat comel.”
Tapi, dia kemudiannya tersedar sesuatu yang menakutkan.
“Saya melihat lagi kamera pengasuh dan mendengar sesuatu yang mengganggu. Saya dapat mendengar suara pernafasan yang berat…dan saya memainkannya semula dan saya bersumpah saya dapat mendengar seseorang mengatakan ‘tolong saya’.”
Malangnya kekacauan tersebut tidak berhenti di situ sahaja. Pada waktu malam, wanita ini dikejutkan dengan lampu di biliknya tiba-tiba meletup sejurus sebelum dia tidur!
Kisah wanita ini menjadi tular di reddit dan membuatkan ramai meremang bulu roma selepas membacanya. Seorang netizen memberikan komen “Apa yang menakutkan ialah bayi tersebut melambai dan melihat terus ke arah ‘benda’ itu seolah-olah mahu datang kepadanya!”
Seorang lain pengguna pula berharap semua ini adalah kejadian kebetulan sahaja.. “Saya harap keseluruhan ini termasuk lampu pecah dan ‘suara’ adalah hanya kebetulan sahaja..”