Terperangkap Jalan JEM, Lelaki ‘Terdesak’ Berlari Keluar Kereta Nak Tumpang Tandas Polis, Mujur Abang Polis Trafik ‘Sporting’

Antara perkara yang paling menyeramkan ketika sedang memandu di jalanraya selain daripada ada kemalangan ialah apabila tiba-tiba sahaja sakit perut nak ‘melepas’. Lagi bikin seram ialah jika pada ketika itu jalan pula jem dan kereta susah nak bergerak. Fuhh, memang tak dapat dibayangkan kan jika perkara itu berlaku bukan.Jalan Jem Teruk, Lelaki 'Terdesak' Berlari Keluar Kereta Nak Tumpang Tandas Polis , Nasib Abam Polis Trafik 'Sporting'

Mungkin itulah yang berlaku kepada seorang lelaki dalam satu video yang tular baru-baru ini. Dalam perkongsikan video tersebut, lelaki ini kelihatan terdesak untuk ke tandas di jalan yang ‘jem’ dan akhirnya membuat satu keputusan yang berani.

Mungkin sudah terlalu terdesak, lelaki ini keluar dari kereta dan menuju kearah beberapa pihak polis trafik yang sedang melakukan sekatan jalan raya dan meminta izinuntuk menggunakan tandas polis yang terletak ditepi mereka.Jalan Jem Teruk, Lelaki 'Terdesak' Berlari Keluar Kereta Nak Tumpang Tandas Polis , Nasib Abam Polis Trafik 'Sporting'

Selepas mendapat kebenaran, dia tidak membuang masa dan terus berlari kearah tandas dan tidak menoleh kebelakang lagi. Video lelaki ini dirakam oleh rakannya yang berada di dalam kereta kemudian diupload ke akaun Tiktoknya.Jalan Jem Teruk, Lelaki 'Terdesak' Berlari Keluar Kereta Nak Tumpang Tandas Polis , Nasib Abam Polis Trafik 'Sporting'

Di ruangan komen, rata-rata netizen tergelak dan terhibur dengan tindak tanduk lelaki tersebut. Ramai juga yang mengakui mereka juga pernah mengalami keadaan yang serupa cuma mungkin tidak ‘kritikal’ seperti yang dialami oleh lelaki ini.

Tabik dekat abang polis..
Jalan Jem Teruk, Lelaki 'Terdesak' Berlari Keluar Kereta Nak Tumpang Tandas Polis , Nasib Abam Polis Trafik 'Sporting'

Pernah ketuk rumah orang nak pinjam tandas..
Jalan Jem Teruk, Lelaki 'Terdesak' Berlari Keluar Kereta Nak Tumpang Tandas Polis , Nasib Abam Polis Trafik 'Sporting'

Ada juga yang menasihatkan agar sebelum memandu, seeloknya pergi ke tandas untuk membuang air kecil atau besar takut mengalami keadaan seperti ini.

VIDEO:

Terima kasih kepada abang polis yang memahami brader ni.

Facebook Comments Box