Pada masa sekarang, tidak dinafikan aplikasi Tiktok merupakan aplikasi yang sangat popular terutamanya dikalangan golongan muda-mudi. Pelbagai trend yang muncul dan menjadi ikutan pengguna Tiktok selepas ianya menjadi tular.
Terbaru, satu trend yang yang meletakkan pita pelekat di mulut semasa tidur kini menjadi tular. Tujuan meletakkan pita pelekat ini di mulut adalah didakwa untuk untuk mengelakkan bernafas melalui mulut pada waktu malam atau mungkin untuk mengelakkan dari berdengkur.
Satu lagi alasan yang popular adalah kerana mahu tidur dalam keadaan yang cantik.
Namun begitu, seorang pakar kesihatan iaitu profesor bersekutu perubatan klinikal di University of Southern California Keck School of Medicine, Dr. Raj Dasgupta memberi amaran agar jangan meniru trend berkenaan kerana ianya boleh menjadi sangat berbahaya kepada pemakainya.
Menurutnya, trend melekatkan pita pelekat di mulut boleh membahayakan golongan yang mengidap apnea tidur obstruktif (gangguan pernafasan ketika tidur). Malah ramai orang yang tidak menyedari sama ada mereka menghidap apnea tidur dimana mereka yang mengalaminya akan berulangkali berhenti bernafas ketika tidur terutamanya di waktu malam.
Tambah pakar ini lagi dalam satu kajian yang dijalankan pada tahun 2019, terdapat lebih 1 bilion orang dewasa dalam lingkungsan umur sekitar 30 hingga 69 tahun berkemungkinan menhidap apnea, malaha ramai yang tidak didiagnosis.
Bernafas melalui mulut secara amnya boleh menyebabkan dengkur, mulut kering, dahaga dan nafas berbau keesokan paginya.
Pakar ini memberitahu bahawa antaracara yang lebih selamat bagi mengelakkan bernafas melalui mulut ketika tidur adalah elakkan dari tidur dalam posisi terlentang. Dia juga berpendapat menutup mulut ketika tidur tidak akan memantu kita untuk tidur dengan lebih nyenyak.
Dr. Raj Dasgupta juga memberitahu terdapatbukit terhad mengenai faedah menutup mulut ketika tidur, namun sesiapa yang mahu mencuba trend ini perlu berbincang dengan perunding kesihatan sebelum mencubanya.
Tidak dinafikan bukan semua trend yang tular di media sosial itu tidak elok, tetapi dinasihatkan agar jangan gatal tangan untuk mencuba membabi buta tanpa mengetahui keburukannya.
Kredit: Kosmo!