Pengalaman satu dalam sejuta, sekumpulan pemancing di perairan Maine, Amerika Syarikat dikejutkan dengan kemunculan seekor jerung yang tiba-tiba melompat masuk ke bot yang dinaiki oleh mereka.
Pada mulanya para pemancing di bot berkenaan telah menyaksikan jerung melompat masuk dan keluar dari permukaan air sebelum tiba-tiba seekor melompat masuk ke bot dari arah belakang.
Pengendali bot sewaan mereka dari Sea Ventures Charters menyifatkan kejadian tersebut adalah luat biasa dan pengalaman pertama dalam hidupnya.
Menerusi rakaman video yang tular, kehadiran jerung tersebut menyebabkan suasana panik di atas bot. Beberapa orang pemancing yang berada dalam bot dilihat panik dan berlari menyelamatkan diri dengan memanjat tangga ke bahagian atas bot. Ini kerana jerung berkenaan dikhuatiri akan meyerang para penumpang di bot mereka.
Walaupun jerung mako sememangnya dikenali kerana pernah dilaporkan menyerang manusia beberapa kali namun pengendali bot dan para pemancing di bot tersebut bersyukur kerana mereka tidak mengalami apa-apa kecederaan susulan insiden berkenaan.
Malah para pemancing masih sempat mengukur dan menanda jerung di atas bot mereka sebelum jerung itu kemudiannya dilepaskan semula ke laut.
VIDEO:
Look out! A man on a fishing boat off Maine caught the unbelievable moment a cobalt blue mako shark jumped aboard. https://t.co/3fA9GVou6R pic.twitter.com/Ef5vS1KtCV
— NBC Bay Area (@nbcbayarea) September 15, 2022
Data-data jerung yang diambil akan dihantar ke Program Penandaan Pemangsa Apex Perikanan Laut Kebangsaan.