Pelanggan Tempah Makanan Banyak Konon Untuk Family, ‘Runner’ Rugi Kena Tanggung Rugi

Pelanggan Tempah Banyak Makanan Konon Untuk Family, ‘Runner’ Rugi Kena Tanggung Rugi. Keghairahan segelintir masyarakat dunia untuk berkongsikan rakaman-rakaman ‘prank’ di media sosial pastinya dapat menghiburkan penonton. sajagempak.com - Pelanggan Tempah Banyak Makanan Konon Untuk Family, ‘Runner’ Rugi Kena Tanggung Rugi

Namun, ramai yang tidak sedar bahawa terdapat implikasi negatif daripada penularan rakaman-rakaman prank terdahulu. Ia turut memberi pengaruh yang tidak baik terutamanya kepada golongan kanak-kanak.

Seperti yang dikongsikan di laman Twitter, seorang penghantar makanan telah dipercayai ditipu oleh pelanggan yang telah membuat tempahan dengan kuantiti yang banyak. Setelah diamati mesej perbualan tersebut, disyaki pelanggan berkenaan merupakan seorang kanak-kanak.
sajagempak.com - Pelanggan Tempah Banyak Makanan Konon Untuk Family, ‘Runner’ Rugi Kena Tanggung Rugi

Mengikut rekod tempahan, pelanggan tersebut telah menempah udang keju sebanyak 50 yang kesemuanya berjumlah Rp525.000.

Kononnya, makanan sebanyak itu ditempah untuk dimakan bersama keluarga dalam satu pertemuan.sajagempak.com - Pelanggan Tempah Banyak Makanan Konon Untuk Family, ‘Runner’ Rugi Kena Tanggung Rugi

Pelanggan itu juga turut menghubungi penghantar makanan tersebut bagi mengesahkan bahawa terdapat ramai orang yang akan menjamu juadah tersebut.

Namun, setelah makanan tersebut telah sampai, dia memberitahu bahawa semua itu hanyalah sekadar gurauan. Tanpa rasa serba salah, dia mengulangi bahawa semua tempahan itu hanya dibuat untuk ‘prank’.

sajagempak.com - Pelanggan Tempah Banyak Makanan Konon Untuk Family, ‘Runner’ Rugi Kena Tanggung Rugi

“Its all just prank, semua prank hehe”

Ekoran sikap tidak bertanggungjawab tersebut, komuniti setempat meminta pengguna media sosial untuk menjejaki pelanggan itu. Perkara ini adalah kerana perbuatan berkenaan telah merugikan pihak penghantar makanan.

sajagempak.com - Pelanggan Tempah Banyak Makanan Konon Untuk Family, ‘Runner’ Rugi Kena Tanggung RugiRata-rata netizen nampaknya berang dengan tindakan pelaki tersebut yang telah merugikan penghantar makanan yang terpaksa menanggung kos makanan itu.

sajagempak.com - Pelanggan Tempah Banyak Makanan Konon Untuk Family, ‘Runner’ Rugi Kena Tanggung Rugi

Rata-rata netizen menyuarakan rasa tidak puas hati dan berang dengan ‘pelanggan’ tersebut.

Afham Massal:
Dalam hal ini memang banyak terjadi kepada runnner tolong laporkan kepada polis sekiranya ini berlaku kepada runner di luar sana .. kes macam ini boleh melibatkan runner kehilangan kerja

Yan Ian:
Buat laporan polis boleh tak untuk runner2 ni.. kesian dah aku tengok.. mana yang menipu ni boleh disabitkn kesalahan.. boleh x?

Macximillian Suwong:
Kesian dgn mereka yg kerja deliver food ni. Mereka kerja cari duit cari belanja. Kita tidak tahu apa yang mereka alami. Saya sgt salute sama mereka ni hujan panas mereka sggp demi sedikit nafkah. Hargai mereka. Jangan suka hati prank² bagai.. tiada guna!!

Iskandar Zulkarnain:
Harap report polis.. boleh buat kes kerana hilangkan wang ringgit

Mohd Ridzuan:
Itulah nasib kami grabcar dan grabfood.Kadang2 sampai depa cancel, ingat minyak kami isi percuma ke apa..Tapi takpe ALLAH Maha Adil, kita diberikan ujian dan harap mereka diuji cabaran dengan apa yang depa lakukan..

Sumber: Twitter

Facebook Comments Box