Wanita Balik Kampung Selepas Diberhentikan Kerja, Menangis Disuruh Patah Balik Di Sekatan Jalan Raya

Berikutan hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, kerajaan Indonesia mengadakan sekatan jalan raya di beberapa daerah bagi membendung penularan wabak Covid-19.Wanita Balik Kampung Selepas Diberhentikan Kerja, Menangis Disuruh Patah Balik Di Sekatan Jalan Raya

Oleh yang demikian, individu yang ingin merentas daerah harus mengemukakan surat ‘bebas Covid-19’ terlebih dahulu kepada pihak polis sebelum boleh melepasi sekatan jalan raya.

Nak dijadikan cerita, baru-baru ini, tular kisah seorang penunggang motosikal wanita yang menangis saat ditahan polis apabila tidak dibenarkan merentas daerah kerana tidak memiliki surat bebas COVID-19.

Ditahan kerana tidak memiliki surat ‘bebas Covid-19’
Difahamkan lagi, wanita itu menunggang motosikal sendirian dari Jakarta untuk pulang ke kampung halaman di daerah Lampung. Namun perjalanannya terhenti saat ditahan polis di sekatan jalanraya wilayah Banten.

Bagaimanapun, dia gagal menunjukkan surat bukti bebas Covid-19 dan pihak polis menyuruhnya untuk berpatah balik.

Menangis sebab sudah tiada duit hidup di bandar
Tidak dapat menahan kesedihan, wanita itu dilihat mengesat air mata yang berjujuran jatuh sambil memohon agar pihak polis membenarkan dirinya merentas negeri.

Menurutnya, dia sudah tidak mempunyai pekerjaan di Jakarta kerana sudah diberhentikan kerja oleh majikan.

Situasi tersebut menyebabkan dirinya tidak boleh menampung kos hidup di bandar Jakarta apatah lagi membayar kos untuk melakukan ujian calitan.

Justeru itu, dia terpaksa membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman di Lampung.

Tonton video penuh:

Atas dasar ihsan dan simpati terhadap nasib yang menimpa wanita itu, pihak polis akhirnya membenarkan dirinya merentas daerah untuk pulang ke kampung halamannya di Lampung.

Sumber: YouTube CNN Indonesia, Borakdaily

Facebook Comments Box